Tuesday, October 19, 2010

Maksud Etika

0

Etika berasal dari perkataan ‘ethos’ (Greek) yang membawa maksud perangai atau keperibadian.Etika adalah satu sistem dasar akhlak, adat, tingkah laku atau kesusilaan Ia juga bermaksud prinsip moral atau set prinsip moral. Ini bermaksud tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat. Dari sudut perspektif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah.

Etika merupakan salah satu cabang utama falsafah yang merangkumi kelakuan betul dan kehidupan baik. Liputan etika adalah lebih luas daripada manganalisis apa yang betul dan salah seperti yang sering dianggap. Antara aspek utama etika ialah "kehidupan baik", iaitu kehidupan yang bernilai atau memuaskan, yang dianggap lebih penting daripada tingkah laku moral oleh banyak ahli falsafah. Antara isu utama dalam etika ialah pencarian summum bonum, iaitu "kebaikan yang terbaik". Tindakan yang betul dikatakan mengakibatkan kebaikan terbaik, manakala tindakan tak bermoral dikatakan menghalangnya.

Etika berkaitan dengan konsep-konsep moral seperti kebaikan, kejahatan, benar, salah, kewajipan, tanggungjawab, keadilan; iaitu analisis konsep-konsep seperti ini dan justifikasi pertimbangan (pernyataan, dakwaan) yang melibatkan konsep-konsep tersebut. Etika adalah teori tentang tingkah laku yang betul dalam kehidupan yang baik bukannya amalan. Etika mengkaji fakta, menganalisisnya dan merumuskan apakah tingkah laku yang sebetulnya. Etika tidak berpegang pada apa yang dinamakan "tanzil Tuhan" atau "wahyu Tuhan" terhadap jawapan akhir atau menyelesaikan isu-isu moral tertentu. Etika berbeza dengan agama.

Maksud etika profesional pula adalah semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai serta tingkah laku profesion dalam masyarakat. Ia mencakupi sebahagian besar kehidupan ahli profesional kecuali hal-hal yang benar-benar peribadi seperti mencuci kereta, menanam bunga dan lain-lain. Oleh itu, etika perguruan bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat, negara, pelajar, ibu bapa pelajar dan rakan sejawat.

Istilah Etika berasal dari bahasa Yunani kuno. Bentuk tunggal kata ‘etika’ yaitu ethos sedangkan bentuk jamaknya yaitu ta etha. Ethos mempunyai banyak erti iaitu : tempat tinggal yang biasa, padang rumput, kandang, kebiasaan/adat, akhlak,watak, perasaan, sikap, cara berpikir. Sedangkan arti ta etha yaitu adat kebiasaan.

Standard Guru Malaysia (SGM)

0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Bertemu kita sekali lagi untuk kali ini..aaaa..pada bulan ni..saya akan berkongsi ilmu berkenaan dengan pendidikan..soo..guru-guru ataupun mereka yang di luar sana yang mahu mencari maklumat berkenaan dengan SGM,.bacalah di blog saye ye..ajak kawan2 sekali baca..hehe..di bawah ni saya ceritakan beberapa perkara berkenaan dengan SGM..Maklumat ini juga merupakan sebahagian daripada tugasab kerja kursus saya di IPG.jom kite read..

Malaysia memberi penekanan tinggi terhadap pembangunan modal insan kelas pertama di mana bina upaya adalah pendekatan utama ke arah mencapai status negara maju pada tahun 2020. Modal insan adalah harta yang boleh disuntik nilai tambahnya, diinjakkan nilai inteleknya serta diperbanyakkan modal budayanya. Pembangunan modal insan berkualiti bergantung kepada pendidikan berkualiti; yang dapat menghasilkan individu yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju.

Pendidikan juga perlu membentuk modal insan yang mampu berfikiran kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang baru, mempunyai daya tahan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran global yang sering berubah. Dalam abad ke-21 ini, negara menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi, liberalisasi, pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).

Sehubungan dengan itu Malaysia memerlukan modal insan yang juga celik TMK, progresif dan mampu bersaing di pasaran kerja global. Pembangunan sistem pendidikan bertaraf dunia mengikut acuan Malaysia adalah agenda utama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Justeru itu, guru perlu memahami, menunjukkan kesungguhan, dan mempunyai iltizam yang tinggi dalam melaksanakan daya usaha dan pendekatan baru ke arah usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan seperti petikan yang berikut: “... as the most significant and costly resource in schools, teachers are central to school improvement efforts. Improving the efficiency and equity of schooling depends, in large measure, on ensuring that competent people want to work as teachers, that their teaching is of high quality, and that all students have access to high quality teaching. “(Organization for Economic Co-operation and Development; petikan daripada Pelan Induk Pembangunan Pendidikan KPM 2007; hal. 106 )

Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan pelbagai usaha untuk melahirkan guru yang berkualiti dan memastikan mereka yang berkualiti kekal dalam sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan. Antara langkah yang telah diusahakan termasuklah memantapkan latihan perguruan, menambah baik sistem pemilihan calon guru, melonjakkan kecemerlangan institusi latihan perguruan, dan menambah baik laluan kerjaya serta kebajikan guru.

Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan peneraju utama latihan perguruan di Malaysia. BPG bersama-sama Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) bertanggungjawab merancang dan melaksanakan latihan perguruan untuk memenuhi keperluan tenaga pengajar di institusi pendidikan seluruh negara. Bagi menjamin guru yang dihasilkan berkualiti tinggi, tiga aspek utama ditekankan iaitu amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran. Bahagian Pendidian Guru telah mengambil langkah proaktif dalam membangunkan standard guru sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan di Malaysia.

Standard Guru Malaysia ini digubal berdasarkan rasional yang berikut:

  • Guru perlu mempunyai tahap amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang tinggi bagi membolehkan mereka berfungsi sebagai guru profesional dengan berkesan,
  • Agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan keperluan yang jelas dan lengkap seperti dasar, kurikulum, infrastruktur, tenaga pengajar, sumber pengajaran dan pembelajaran, serta jaminan kualiti untuk membolehkan proses latihan dijalankan dengan lancar, berkesan dan bermutu tinggi,
  • KPM sedang berusaha untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan guru yang dapat dijadikan showcase. Justeru itu, adalah wajar standard bagi institusi latihan perguruan diwujudkan, dan
  • Standard Guru Malaysia menggariskan kriteria dan standard am guru selaras dengan Malaysian Qualifications Framework (MQF) yang menggariskan kriteria dan standard am pendidikan tinggi.

Standard Guru Malaysia digubal bagi tujuan yang berikut:

  • mengenal pasti tahap kompetensi profesional guru dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran,
  • mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi menjamin tahap kompetensi guru yang ditetapkan tercapai.


Standard Guru Malaysia akan dapat mengenal pasti dasar dan strategi pembangunan pendidikan guru yang patut ditambahbaik sejajar dengan perkembangan dan cabaran semasa dunia pendidikan.

Penggubalan SGM adalah berasaskan kepada prinsip dan proses yang berikut:

  • Pernyataan Standard dan Keperluan jelas, tepat, relevan, praktikal, adil, dan realistik,
  • Standard dan Keperluan yang dicadangkan adalah berasaskan kajian serta penandaarasan, dan
  • Proses penggubalan dilaksanakan secara kolaboratif, telus, terbuka dan persetujuan bersama dengan pihak-pihak berkepentingan.

Standard Guru Malaysia adalah dokumen rujukan yang patut diguna pakai oleh pihak yang berikut:

Guru

  • Membuat refleksi kendiri terhadap tahap pencapaian standard.
  • Mengenal pasti keperluan pembangunan profesionalisme diri.

Pendidik Guru di Institusi Latihan Perguruan

  • Membuat refleksi kendiri terhadap tahap pencapaian standard.
  • Mengenal pasti keperluan pembangunan profesionalisme diri.
  • Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih (guru praperkhidmatan) atau peserta kursus (guru dalam perkhidmatan).
  • Mengenal pasti strategi bagi membantu guru pelatih atau peserta kursus meningkatkan tahap pencapaian standard.


Pengurus dan Pentadbir Institusi Latihan Perguruan

  • Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih dan peserta kursus.
  • Mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh institusi.
  • Mengenal pasti strategi bagi meningkatkan tahap pencapaian standard dan keperluan.

Guru Besar dan Pengetua Sekolah

  • Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru.
  • Menyediakan dan melaksanakan strategi bagi meningkatkan tahap pencapaian standard oleh guru.


Agensi Latihan Perguruan

  • Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih dan peserta kursus di institusi latihan perguruan.
  • Mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan oleh agensi dan institusi latihan perguruan.
  • Mengenal pasti dasar dan strategi pembangunan pendidikan guru yang boleh ditambahbaik.

Glosari

Berikut adalah penjelasan kepada istilah yang digunakan dalam dokumen Standard Guru Malaysia, Panduan Standard Guru Malaysia dan Instrumen Standard Guru Malaysia.

  • Guru

Tiga kategori guru yang dimaksudkan ialah guru terlatih yang sedang mengajar di sekolah, guru terlatih yang sedang mengikuti kursus dalam perkhidmatan di institusi latihan perguruan, dan guru pelatih yang sedang mengikuti kursus praperkhidmatan di institusi latihan perguruan.

  • Institusi Pendidikan

Sekolah atau mana-mana tempat lain, di mana dalam menjalankan kerja sesuatu organisasi atau institusi, individu lazimnya diajar, sama ada di dalam satu kelas atau lebih.

  • Standard

Pernyataan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru.

  • Keperluan

Pernyataan aspek latihan perguruan yang patut disediakan dan dilaksanakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan.

  • Bilik Darjah

Lokasi dan ruang di mana sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan, termasuk bilik kuliah, bengkel dan makmal.

  • Kompetensi

Kemahiran profesional guru berdasarkan amalan nilai profesionalisme, pengetahuan dan kefahaman, dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran.

  • Institusi Latihan Perguruan

Organisasi yang bertanggungjawab mereka bentuk dan melaksanakan latihan perguruan termasuklah IPG dan fakulti pendidikan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

  • Agensi Latihan Perguruan

Organisasi yang menggubal dasar dan memantau pelaksanaan latihan perguruan seperti Kementerian Pengajian Tinggi dan BPG

  • Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)

Institusi yang melaksanakan latihan perguruan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

  • Sekolah

Institusi pendidikan ini merangkumi sekolah rendah dan menengah, sekolah teknik, sekolah pendidikan khas, sekolah vokasional.

  • Murid

Pelajar sekolah yang menerima pengajaran dan pembelajaran daripada guru.

  • Program

Susunan kursus dan isi kandungan pembelajaran yang dirancang serta direka bentuk bagi suatu tempoh tertentu untuk mencapai hasil pembelajaran seperti yang ditentukan dalam matlamat dan objektifnya. Program yang dimaksudkan akan menjurus kepada penganugerahan sesuatu kelayakan.

  • Kursus

Unit asas pembelajaran yang membentuk sesuatu program, mempunyai hasil khusus, kandungan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran serta kaedah penilaian bagi menyokong pencapaian hasil pembelajaran.

  • Kurikulum

Skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di institusi latihan perguruan. Kurikulum merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan, dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang pelajar dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.

  • Aktiviti Kokurikulum

Aktiviti persatuan atau kelab, sukan dan olahraga, serta unit beruniform yang wajib diikuti oleh semua guru pelatih yang mengikuti latihan perguruan.

  • Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)

Guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ditempatkan di sekolah selama satu minggu untuk memberi peluang kepada mereka memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru dan komuniti sekolah.

  • Minggu Orientasi Sekolah (MOS)

Guru pelatih Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR) Jawi, Quran, bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) ditempatkan di sekolah selama satu minggu untuk memberi peluang kepada mereka memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru dan komuniti sekolah.

  • Praktikum

Semua guru pelatih yang mengikuti latihan perguruan di tempatkan di sekolah untuk pengalaman praktik di dalam dan di luar bilik darjah. Praktikum menyediakan peluang kepada guru pelatih mempraktikkan teori dalam amalan pengajaran dan pembelajaran serta menghasilkan teori pengajaran dan pembelajaran yang tersendiri.

  • Penilaian

Pengukuran berterusan yang dijalankan sepanjang tempoh kursus pengajian atau program latihan dan termasuklah apa-apa peperiksaan bertulis yang membawa markah atau gred bagi sesuatu kursus atau program latihan atau sebahagian daripadanya.

  • Pembangunan Profesionalisme Berterusan

Program latihan secara sistematik yang menjurus ke arah peningkatan profesionalisme dan pembangunan kerjaya serta kecemerlangan perkhidmatan.

  • Hasil Pembelajaran

Penguasaan guru dalam amalan nilai profesionalisme keguruan, ilmu pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran.

  • Pihak Berkepentingan

Pihak yang mempunyai kepentingan bersama secara langsung dalam konteks perkhidmatan pendidikan. Contohnya sekolah, ibu bapa, penaja, ketua perkhidmatan.

  • Budaya IPG

Amalan kerja warga IPG bertujuan mewujudkan identiti institusi unggul yang melahirkan guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara, serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

  • Infrastruktur

Kemudahan fizikal di institusi latihan perguruan bagi menyokong penterjemahan dan pelaksanaan kurikulum serta kokurikulum yang berkesan, bermakna dan menyeronokkan.

  • Infostruktur

Pemilihan dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) secara berkesan, jaringan dalaman dan luaran serta perkhidmatan pusat sumber.

  • Pengurusan Kualiti

Mekanisme dan kerangka kualiti semua proses aktiviti organisasi bagi menjamin kualiti produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

  • Pendidik Guru

Merupakan individu yang bertauliah yang melatih guru di institusi latihan perguruan.

Tuesday, September 7, 2010

Puasa: Ubat Ajaib Meningkatkan IQ

0


Puasa merupakan ubat ajaib semulajadi yang tertua sekali, yang diketahui dan diamalkan oleh manusia. Hampir semua agama menganjurkan penganutnya supaya berpuasa menurut kaedah masing-masing. Puasa adalah antara rahsia cendiakawan Islam silam yang terulung memperolehi kecemerlangan daya ingatan dan kehebatan daya kecerdasan. Kekenyangan itu menumpulkan fikiran, kelaparan menajamkan fikiran.

Imam Syafie terkenal dengan kepintaran dan kekuatan hafazan. Ketika berusia 15 tahun, beliau sudah bertaraf ulama’ besar dan layak memberi fatwa. Beliau sentiasa mengamalkan puasa sunat. Pada suatu hari, beliau menceritakan bahawa beliau sudah 16 tahun tidak pernah kenyang. Dengan mengamalkan ‘rahsia ajaib’ inilah, para cerdik pandai Islam pada era kegemilangan Islam dahulu menjadi terlalu pintar dan ‘genius’. Kebanyakan mereka mula berpuasa sunat sebelum mencecah usia ‘baligh’ dan diteruskan sehingga ke akhir hayat mereka.

Puasa merupakan ‘keajaiban dari langit’ kerana mempunyai kuasa yang menakjubkan, bukan sahaja ia mampu menguatkan mental bahkan fizikal, jiwa dan perasaan. Puasa digunakan oleh ahli-ahli kerohanian Islam yang dikenali sebagai sufi dan ahli-ahli kebatinan untuk memperkuatkan jiwa dan kerohanian mereka. Bahkan seorang tokoh kebatinan berkata, “Jika seseorang ingin mendapat keramat atau melakukan perkara-perkara yang ajaib, maka hendaklah dia berpuasa selama satu tahun dan enam bulan secara terus-menerus. Hasilnya rohnya akan menjadi terlalu kuat sama seperti roh-roh di langit dan dia boleh membebaskan diri seperti berjalan di atas air, terbang di udara, tak lut dibakar api dan sebagainya.”

Anda tidak digalakkan melakukannya. Saya cuma anda memetik kesimpulannya, ” Bahawa di dalam puasa, terdapat keajaiban yang luar biasa yang tidak terjangkau oleh akal fikiran manusia. Ia mampu melahirkan kekuatan fizikal, mental dan kerohanian yang luar biasa.”







Tahukah anda bahawa pada setiap hari, lebih enam juta penduduk Amerika Syarikat berpuasa untuk pelbagai tujuan !! Antaranya ialah untuk mendapat awet muda, mengurangkan berat badan, mendapat tubuh badan yang menarik, MENINGGIKAN KECERDASAN MENTAL, berjimat, kesihatan tubuh badan, selaku ‘overhaul tubuh’, menurunkan tekanan darah, mengurangkan ketegangan, menurunkan kadar kolestrol, meningkatkan tenaga batin dan ghairah seksual, mengurangkan stress, tidur lebih nyenyak, memberi kesempatan kepada tubuh untuk menyembuhkan penyakit dan mengurangi kebergantungan terhadap ubat-ubat bius, pil tidur, narkotik dan segala jenis dadah.

Jadi, terbuktilah kebenaran hadis nabi s.a.w., “Berpuasalah kamu agar kamu menjadi sihat.” (Hadis riwayat Ibnu Sunni dan Abu Nuaim daripada Abu Hurairah ra.). Tabib-tabib Islam juga menegaskan bahawa perut (ma’idah) merupakan punca dan sumber segala penyakit. Kalau sihat ma’idah, sihatlah badan keseluruhannya. Puasa adalah cara yang terbaik untuk merehatkan beban kerja ma’idah dan beberapa organ di dalam tubuh badan seperti jantung, buah pinggang, hati dan lain-lain. Kerehatan ini amat perlu untuk memulihkan prestasi organ-organ tersebut. Nabi Muhammad s.a.w. juga pernah bersabda, “Perut itu rumah segala penyakit manakala puasa adalah raja segala ubat. Oleh itu, jadikanlah ia kebiasaan kamu.”

Ahli-ahli perubatan Islam, Timur dan Barat berjaya membuktikan bahawa puasa boleh menyihatkan tubuh badan, mental dan rohani. Terdapat ahli-ahli perubatan Barat menggalakkan setiap orang, sama ada sihat atau sakit supaya berpuasa dua hari pada setiap minggu. Ini sangat bertepatan dengan agama Islam yang menganjurkan supaya umatnya berpuasa pada hari Isnin dan Khamis pada setiap minggu. Institut Rawatan Kesihatan di India pula menganjurkan supaya rakyatnya berpuasa sekali seminggu untuk mempertingkatkan kesihatan. Melalui amalan tersebut, ia dapat merangsang pertumbuhan hormon, memberikan daya tahan penyakit, merehatkan sistem penghadaman selama sehari dan membantu MENAJAMKAN FIKIRAN.

Penyelidik-penyelidik perubatan menemui bahawa puasa merupakan satu kaedah yang terbaik dalam merawat penyakit dan sebagai penjagaan dari penyakit. Ia dibuktikan dapat membersihkan tubuh badan dari toksid-toksid atau racun-racun. Ia juga membersihkan sisa-sisa makanan yang tidak berguna di dalam perut dan usus di mana sekiranya dibiarkan maka ia akan menjadi sarang kepada kuman yang membawa pelbagai penyakit serius. Menurut Dr. Mac Fadon, seorang doktor Amerika, “Puasa adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut.”

Menurut ilmu biologi, sewaktu perut dan usus melakukan proses pencernaan, otak tidak dapat melakukan tugasnya dengan baik. Ini disebabkan tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Sebab itulah apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti yang menggunakan otak seperti berfikir atau membaca ketika kenyang, kita menjadi mengantuk dan lemah daya fikiran. Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang berkesan.

Atau dengan kata lain, ketika kita sedang berpuasa, aliran darah kepada organ-organ pencernaan berkurangan kerana ianya kurang diperlukan. Dengan demikian, darah dari organ-organ pencernaan akan mengalir serta tertumpu ke otak. Ini menjadikan otak lebih ‘pick-up’, bertenaga dan daya fikiran menjadi tajam.

Sebab itulah para ulama’, sami, paderi dan pendita dari agama Islam, Buddha, Kristian, Hindu dan lain-lainnya kebanyakan mengamalkan makan sedikit sahaja. Amalan sedemikian menyebabkan mereka dapat memberikan tumpuan yang baik terhadap pembelajaran dan pengajaran agama mereka.

Luqman Al-Hakim menasihati anaknya, “Wahai anakku, apabila perut dipenuhi makanan, maka gelaplah fikiran, bisulah lidah dari menuturkan hikmah (kebijaksanaan) dan malaslah segala anggota badan untuk beribadah.”. sewaktu bersekolah, ustaz saya selalu berkata, “Tegang urat perut, kendur urat mata.” Maksudnya apabila perut dalam kekenyangan, mata pun mula mengantuk dan kita menjadi malas.


Sahabat Nabi s.a.w., Abdullah b. Mas’ud berkata, “Empat perkara yang mengelapkan hati atau melembapkan otak : perut yang terlalu kenyang, berkawan dengan orang yang suka membuat maksiat, tidak insaf terhadap dosa-dosa yang lalu dan panjang angan-angan.”

Dr. Alan Cott, Seorang pakar perubatan Amerika Syarikat melaporkan terhadap penyelidikan psikologi membuktikan bahawa puasa mempergaruhi darjah kecerdasan seseorang. Ujian dilakukan terhadap sekumpulan orang yang rajin berpuasa dan sekumpulan orang yang tidak berpuasa. Keputusannya, ternyata menunjukkan bahawa orang yang rajin berpuasa memperolehi skor (markah) yang jauh lebih tinggi dalam ujian berbanding dengan orang yang tidak berpuasa.

Sekiranya anda mempunyai impian untuk menjadi manusia yang bijak, amalkan ‘rahsia’ ini. Namun begitu, sebelum anda dapat memetik hasilnya, ianya perlulah menjadi amalan rutin anda terlebih dahulu. Nah, mulai sekarang amalkan berpuasa sunat pada setiap hari Isnin dan Khamis setiap minggu.

Itulah anugerah ALLAH kepada hamba-hambanya bagi kita berfikir.Setiap kejadian Allah Ada saujana hikmah...nya.


http://imamazhari.blogspot.com/2009/09/ubat-yang-paling-ajaib-meningkatkan-iq.html

Bagaimana Nabi Mengambil Makanan Yang Berkhasiat

0
Pada pagi 6/9/2010..lps solat subuh,,sahabat ana,Ammar mulakan perbualan di masjid..borak punye borak punye borak terkeluarlah cerita kenapa orang Yahudi ni boleh takhluk dunia..Mengikut kajian daripada seorang sahabatnya,,nya 2 balik pada sahabat saye laa,,Ammar..mereka sebenarnye makan ikut cara Nabi Muhammad s.a.w..Terkejut beruk ana dibuatnye dgr maklumat 2..huhuhuu..hemmm..mrk mengambil sesuatu makanan 2 dgn sangat berdisiplin..sebab 2 la mrk ni cerdik.. bijak..sebab itulah mereka boleh takhluk dunia nii..sampaikan negara2 besar dunia pun duduk bawah telunjuk mereka..tp pelik la ana knpe kite ni lebih2 lagi Islam jarang sangat ikut sunnah nabi..ish3..

kenapa bende ini tidak berlaku pada manusia di Malaysia nii khususnyaa.Di Malaysia..makanan 2 bermcama2 jenis ade..mule drp selatan,,membawa ke timur..terus ke pulau bornio sabah dan sarawak..x dapat nk hitung dgn jari sepuluh saye ni jenis 2 makanan yang ade kt Malaysia..banyak sangat..tetapi,,cube kite perhatikan..adakah makanan2 itu sangat berkhasiat kepada tubuh badan kite..aaaaa..lu fikir la sendiri beb..hehee.

Meh nk start cite nii..pasal kesihatan k..Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lainnya.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU bersama DAGING

Jangan makan DAGING bersama IKAN

Jangan makan IKAN bersama SUSU

Jangan makan AYAM bersama SUSU

Jangan makan IKAN bersama TELUR

Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD

Jangan makan SUSU bersama CUKA

Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL

* CARA MAKAN

* JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.

* TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI.

* JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya... cubalah..... ......... .

Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek.... Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti.

Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.

Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. Kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosak usus kita.

Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat amalan antara lain:

* Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
* Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
* Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.
* Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan)

Aaaaa..dah faham sekarang..jgn bace je k..amalkan laaa yee..wassalam

Wednesday, August 25, 2010

cerita pasal site Income aku

2
salam..haa..hari ni aku nk kongsi dgn semua pembaca tentang site income yg pernah saya join....sepanjang 24 tahun sya hidup di bumi Allah nii..banyak pengalaman saya tentang pendapatan sampingan khususnya di Malaysia ni..saya pernah join MLM,pelaburan,e-dagang,jualan konvensional..jual kete..jual tanah dan perbankan.

saya mule terjebak dgn bisness ni mase form 4 lagi..mase 2 saya belajar di SMU(A) Maahad amir Indra Petra,Bachok,Kelantan Darul Naim..saya sayang sekolah ni..tp xtahu la sek ni syang saye ke x..hehehehee..

kisahnye begini, pada satu malam,,aku di pelawa oleh seorang kwn utk pergi ke jerteh..mlm2 bute plk 2..kebtulan mase 2 ayah aku dan ibuku baru shj sampai drp KL.balik kg tgk anak laa..sampai je kt jerteh..aku kne naik tingkt atas satu bangunan di bandar 2,,tup2 diaorg perkenlkn satu bisness..Rm2000 modal 2..mne la kawe ade duit banyak 2..halllammmaaakk..

Mamat 2 dh jadi jutawan usia mude..cara dia present pun mmg bersemngt.siap garapkn minda kami dgn kereta2 mewah,rumah besar,tlg mak ayah,bwk g umrah..sape yg x smngt nk join bile cite bab 2 kn..huhuu..tp aku try nk buat bisness nii..separuh jalan jee..xsempat nk join..sbb x cukup nk cari modal..kui3..ni bisenss first yg aku dgr..ape dia (LUXOR)

Aku kembali sperti insan biase..mneruskn hdup mnjadi seorang anak yg menuntut ilmu di bumi serambi Mekah.sampai la aku tamatkan zaman sekolah aku di situ,lps kuar result SPM,aku x bekerja mcm kwn2 lain..duduk kt rumah jee..buat lemak kt badan..sampailah pada suatu hari aku dpt tawaran ke darul Quran JAKIM di kuala kubu baru..xlame aku kt situ..dlm 4 bulan shj..knpe??sbb xtahan dan x mampu nk bawak hafazan..aku tertekn kt situ sbb dpt kelas yg hampir semunye dh habis hafal quran..diorg semua dulu semua sek tahfiz.aku sorg je yg tersepak duduk kelas 2..blh dikatekan hari2 kene denda..mne x tnsion beb..

Aku minta Allah permudahkan urusan dan bantu aku dalam hal ini..aku suke ilmu al-quran lbh2 apath lagi ilmu agama..nk pendekkan cite,, pada suatu petang lps kuliah di DQ,aku dpt panggilan drp ibu,,dia bgtau aku dpt tawarn ke mktab perguruan Batu Rakit Kuala Terengganu..waa..ini peluang ni..yg paling bestnye.subjek aku ialah pendidikan islam,al-quran dan bahasa arab..Allah makbulkn doa aku..walaupun aku xdpt suasana DQ yg begitu tenteram.tetapi ilmu al-quran,agam dan bonus ilmu bahasa arab plk yg Allah bg..hehehe..TQ Allah..sayang Allah sangat2.mktab ni dh tukar nme jadi IPGM Kampus Dato' Razali Ismail.

Haaaa..pendekkan cite plk..kt maktab ni la banyak bisness aku buat..bisness pertama aku join ialah my mode..bisness top up 2.korg igt lagi x?xigt biar laa..mase 2 aku main join jee.rm60 je modal..tp ok jgk bisness 2,,yg penatnyee..untung kecik sgt..2 yg bosan 2..hehehe..
Lps 2 aku dpt plk satu cite bisness..nk tahu bisness ape?haaa..bisness yg aku pernh dgr kt bandar jerteh mase form4..cmpny 2 la aku join..habis aku berhutang dgn kwn2..alhamdulillah dpt jgk byr hutang diorg..malangnyee..aku gagal dlm bisness nii..byk sbb laa..malas nk cite..biarknla rahsia..beres,

Aku serik buat bisness..2 hati aku yg ckp,,tp lps 2 aku jumpe plk satu bisness nii..hampir 2 tahun aku xbuat bisness..soo..darah bisness aku membuak2 nk tahu..ksahnyee..mase 2 aku kt selngor..lps maghrib, hj ngalim ajak aku jumpe kawn dia..Hj Ngalim ni kire otai stesen minyak kawasn serdang..dia ade hampir 5 biji stesen minyak..dia la yg banyak bagi tunjuk ajar pasal ilmu perniagaan nii..banyak jgk bisness dia buat..kontraktor,trading barang2 komputer dll..senang ckp org kaye laa..tp hati dia sentiase ke masjid..2 yg kawe suke ikut dia pergi mne2..hheee..nk tahu bisness ape??BULUHMAS..pernh dgr?alaaa..pasl pelaburan 2 lee...yg ni cnfirm2 x jadi..nasib baik aku join mr15 je..hehee..xthu la ape masalah cmpny nii..mntk maaf sahabt2 satu mktb 2 yg join under aku..aku pun x blh nk buat pape beb..senasib dgn korg jgk..

Aku ni memang x serik2 dgn bisness..aku jumpe plk USANA..yg promote bisness ni kawan sepermainan aku di kg..KELANTAN.aku join jgk..modal utk satu BC shj.gagal beb..sbb 2 malas nk cite kt blog nii..jumpe laa nnt aku cite..aku tinggalkn bisness nii dgn bengang dan menyampah.huh..lps 2 aku buat la bisness jual roti,,air dan lain2 lagi..yg ni lagi best,,terus dpt untung..hehe.bsnes mcm ni hanye untuk suke2 shj..hehehe..Hemmm..kemudian aku ditawarkn untuk mnjadi agen public mutual plk.pelaburan dlm simpanan..ade periksa beb..aku join laa..2 kali ambik exam..gagal mase first exam..aku banyak lagi xthu pasal public mutual ni.ape yg aku tahu,2 la yg aku bgtau kt cstemer2 aku..alhamdulillah bisness ni masih berjalan sampai skrg..komisen pun ok.tiap2 bln masih dpt lagi..berminat..call atau msg la sye yee...

Kisah seterusnye.pade waktu petang lps aku basuh kete gen 2 (WMJ 4006).aku diberi nasihat oleh ayah aku tentang ilmu perniagaan.dia xsuke aku buat bisness..semuanye gagal..hem..bknnye nk bg moral support pun..bisik hati aku mase 2 jee..knpe ayah aku ckp mcm 2??laaaa.rupe2nye ayah aku ni pun pernh buat byk bisness mase mude dulu.dia pun gagal..tp ayah aku ni cpt putus asa kot.hehee.hemm.bapak borek anak rintik la nii..hehe..ayah aku blh dikatakn sangt2 x sokong ape yg aku buat..mase dia bg nasihat laa.skrg ok jeee..hehe..atas nasihat dia 2,pendekkan cite,,dia ajar aku jadi broker kete.aku syok jgk dgr.skrg aku bkn broker kete je..tanah pun aku on jgk..TQ ayah curah ilmu kt syadid...sayang ayah sangat2..tp komisen ni slow..permintaan bkn selalu..tp bile dpt..peerrghhh..banyak beb..kalau berminat jgk, jgn segan2 la call @ msg sye..masih lagi on bisness nii.

Kemudian..mse 2 kt mktb,,waktu exam 2..igt lagi paper akidah..mase tgh buat ulangakji..dptla panggilan telefon drp seorg perempuan,,Kak Ros nme dia..nk jumpe aku kt KB..mne nth dia dpt no tel aku..kebetulan mnggu lps exam 2 aku nk balik kelntn..soo ade kesemptn la jumpe diaa.pendekkan cite jgk..kak ros promote satu bisness..ADS4BUCKS..bisness portal pengiklanan system e-dagang..kire pure networking jgk lee..aku minat bisness nii.aku nk cubee..sampai skrg aku buat..alhamdulillah..komisen aku paling tinggi sehari blh collect rm1500..byk 2..tp skrg slow sikit lee..busy..nasib baik bisness ni bebas..mase free blh buat..aku start bisness ni bln 4 2009 sampai skrg..modal rm210 shj

Lps 2 aku join plk dgn bisness MLM skli lagi..AVAIL BEAUTY.jual pad herba..bisness ni ok..tp aku segan laa.sbb ramai pompuan..hjehehehe..aku just join dan jual barang shj..laku jgk barang2 aku..xboleh bawk la bisness nii..aku cume join shj..tp kalau ade sape2 yg nk cube..mcm biase lee..call @ msg sye.hehe..so bisness seterusnye..aku buat smartherbs..ni bisness baru aku nk ceburii..nk tgk ape hasilnye nnt..same2 la kite doa berjaya x bisness nii..aminn..modal rm90 shj.itu shj bisness yg aku btl2 buat..ade yg gagal dan ade yg berjaya..

KAMU BUAT KAMU DAPAT...KALAU XBUAT MEMANGLAA X DAPAT.

Thursday, July 15, 2010

Jadi Kaya dengan Menyimpan

0
Hari ini saya akan dedahkan satu rahsia orang kaya yang mungkin anda sudah tahu tetapi tidak begitu ambil kisah.

Jadi sebelum anda mengigit jari 20-30 tahun akan datang, masanya untuk kita mengikut jejak jutawan bermula hari ini.

Apa rahsia tersebut?

Hampir semua jutawan tahu bagaimana mereka mengandakan wang mereka tanpa perlu berpeluh...

Melalui SIMPANAN!
Simpanan bermaksud anda menyimpan wang diinstitusi kewangan yang memberikan pulangan setiap bulan atau tahun! Ianya nampak biasa tetapi berapa ramai antara kita yang menyimpan wang secara tetap setiap bulan??

Tahukah anda masa adalah musuh utama kerana ianya bakal menentukan samada anda mampu bergelar jutawan atau tidak.

Katakan anda berumur 25 tahun sekarang,dan anda mahukan RM100,000 dibank ketika anda bersara kelak. Jika anda bermula menyimpan hari ini dengan hanya RM10.22 sebulan (hanya 33 sen sehari!) dengan kadar faedah 12 peratus,anda telah mempunyai RM100,000 dibank ketika anda berumur 65 tahun!

Tetapi jika anda leka dan telah berumur 55 tahun, anda perlu menyimpan RM447 sebulan untuk dapatkan RM100,000 ketika mencapai 65 tahun!

Ini bermakna anda terpaksa menyimpan 43 kali banyaknya disebabkan anda terlewat! Dan ini tentunya akan membuka mata anda:

Jika anda menyimpan RM100 sebulan dengan kadar faedah 12 peratus setahun:

- Mula menyimpan ketika berumur 25 tahun:
Anda menjana RM979,307 ketika 65 tahun!
(Hampir SEJUTA RINGGIT dibank!)

- Mula menyimpan ketika berumur 26 tahun:
Anda menjana RM873,241 ketika 65 tahun!
(Anda rugi RM106,066!)

- Mula menyimpan ketika berumur 30 tahun:
Anda menjana RM551,083 ketika 65 tahun!
(Anda rugi RM428,224!)

Jadi, tidak kira berapa umur anda sekarang, inilah masanya anda mula menyelitkan sedikit wang setiap bulan untuk simpanan dan menjejak langkah jutawan automatik!

Saya telah tunjukkan kepada anda bagaimana dengan hanya menyimpan RM100 sebulan, ianya mampu meledak sehingga RM979,307!

Jumpa lagi dengan rahsia kekayaan yang lain.

copy from:
http://publicmutual4u.blogspot.com/2008/03/rahsia-bagaimana-rm100-menjadi-jutawan.html

Wednesday, July 14, 2010

Apabila Penyakit Bermula Dengan Makanan

3


Makanan adalah bahan asas untuk kehidupan, namun begitu makanan juga punca kita mendapat penyakit. Kalau kita mempunyai tabiat makan yang buruk, kita sengaja mengundang penyakit.

Di zaman moden ini kita susah mahu menjauhkan diri dari mempunyai tabiat makan yang buruk. Kita selalu memakan makanan segera yang mengandungi bahan kimia yang membahayakan kesihatan. Kita juga selalu makan di restoran makanan segera. Minyak yang digunakan untuk menggoreng diguna berulang- ulang kali, amalan ini sangat tidak baik untuk kesihatan.

Kita juga memakan daging dan ayam yang disuntik dengan hormon dan antibiotik. Hormon dan antibiotik ini akan berpindah ke badan kita. Bagaimana dengan sayur-sayuran dan buah-buahan? Buah-buahan dipetik sebelum masak dan dirawat menggunakan gas dan radiasi. Sayuran-sayuran disembur dengan racun serangga. Bahan-bahan kimia ini tidak akan hilang walau pun kita membasuh buah-buahan dan sayur-sayuran yang kita makan. Ini semua membahayakan kesihatan. Tidak hairanlah kalau di zaman ini ramai orang yang mengidap kanser dan lain-lain penyakit kronik.

Bagimana pula dengan air yang kita minum? Adakah ia benar-benar bersih? Kalau anda mengambil air dari paip air di dapur anda dan mengujinya, anda mungkin tidak sanggup meminumnya.

Untuk menjaga kesihatan, kita seharusnya menjauhkan diri dari perkara yang dinyatakan di atas. Kurangkan memakan makanan segera, makan daging atau ayam kampung, makan sayur-sayuran hidrofonik dan buah-buahan tempatan seperti manggis, rambutan dsb (yang bebas dari gas & radiasi).

Menurut pakar pemakanan bertauliah, untuk perlindungan dari penyakit, kita perlu mengambil permakanan tambahan terdiri dari vitamin, mineral, serat dan asid amino. Vitamin A, C dan E kaya dengan antioksidan yang mampu menghapuskan "radikal bebas". Radikal bebas sebenarnya adalah molekul oksigen yang mempunyai sekurang-kurangnya satu elektron yang tidak mempunyai pasangan di orbit luarnya. Ia merupakan bahan sampingan dari proses penghadaman makanan. Radikal bebas tersebut mempunyai kuasa elektrik dan mencari elektron di persekitarannya untuk menjadi stabil. Sekiranya tidak dilunturkan, dengan menggunakan antioksidan, radikal bebas akan merampas elektron dari molekul tubuh kita justeru merosakkannya.

Dalam tubuh kita terdapat beribu billion molekul yang membentuk sel, sel membentuk tisu, tisu membentuk organ. Molekul yang rosak akan membentuk sel yang rosak dan seterusnya organ yang rosak. Sel dan organ yang turut rosak adalah sel dan organ yang membentuk sistem imun lantas menjejaskan fungsinya. Sistem imun merupakan pertahanan kita menghadapi serangan mikro organisma yang menyebabkan bermacam penyakit. Sekiranya sistem imun tidak berfungsi dengan baik, kita akan terdedah kepada ancaman berbagai penyakit seperti kencing manis, kanser, lelah, alahan dan bermacam-macam lagi.

Tubuh kita tidak mengeluarkan antioksidan untuk melunturkan radikal bebas. Kita perlu mendapatkan bekalan tambahan dari makanan seharian kita. Terdapat beberapa jenis buah-buahan dan sayuran yang mengandungi antioksidan. Beri Acai, sejenis buah beri dari hutan Amazon, mempunyai kandungan antioksidan yang terbanyak jika dibandingkan dengan buah-buahan atau sayur-sayuran lain. Dari kajian yang dilaksanakan, kandungan antioksidan dalam beri Acai adalah 33 kali lebih banyak dari teh hijau. Buah delima, anggur merah dan beberapa jenis beri tertentu juga mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi.

Untuk hidup sihat, amalkan diet yang sihat dan bersenam. Jauhi dari perkara atau amalan yang boleh membahayakan kesihatan kita.

Tuesday, July 13, 2010

Isra' Mikraj

0

Tanggal 27 Rejab tahun kesebelas selepas daripada kenabian Rasulullah s.a.w dan 2 tahun sebelum berlakunya hijrah nabi s.a.w ke Madinah Munawwarah, telah berlaku suatu peristiwa yang sangat penting dalam sejarah Islam iaitu peristiwa isra' dan mikraj di mana ia merupakan satu bukti tentang kebesaran, kekuasaan dan kehebatan Allah Subhanahu wa Ta'ala. Renungilah firman Allah dalam ayat 1 surah al-Isra':


"Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat"

Isra' membawa pengertian perjalan nabi Muhammad s.a.w pada malam hari dengan menaiki Burak bermula dari masji al-Haram di Mekah ke masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis Manakala Mikraj membawa maksud naiknya nabi s.a.w ke langit dari masjid al-Aqsa ke Sidratul Muntaha. Para ulama' hadis, ulama' feqah dan ulama' tafsir secara umum menegaskan bahawa perisitiwa isra' dan mikraj di mana kedua-duanya berlaku dalam satu malam dan dalam keadaan baginda s.a.w sedar. Ia berlaku pada jasad atau tubuh dan ruh nabi s.a.w bukannya ruh sahaja. Sebagaimana difahami daripada firman Allah dalam ayat tadi di mana Allah menegaskan " asra bi 'abdihi lailan " yang bermaksud memperjalankan hambaNya pada waktu malam. Perkataan hamba yang dimaksudkan di sini iaitu nabi Muhammad s.a.w yang mana meliputi batang tubuh dan ruhnya serentak bukannya ruhnya sahaja.Jika ia berlaku pada ruhnya sahaja maka sudah tentu firman Allah itu berbunyi " asra bi ruhi 'abdihi lailan " yang bermaksud memperjalankan ruh hambaNya pada waktu malam tetapi yang berlaku sebaliknya di mana Allah secara jelas menyatakan bahawa Dia telah memperjalankan hambaNya iaitu nabi s.a.w dalam keadaan tubuh dan ruhnya serentak.

Peristiwa Isra’ dan Mikraj berlaku selepas nabi diuji dengan kematian dua orang yang paling rapat dan banyak membantu baginda dalam usaha menyebarkan dakwah Islam iaitu isteri tercinta Siti Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib. Tekanan yang dihadapi selepas kematian kedua insan yang disayangi semakin bertambah dan jika kita fikirkan dari segi logik akal maka dakwah Islam pasti akan terkubur.

Namun kuasa Allah melebihi segala-galanya iaitu selepas penolakan dakwah oleh penduduk Taif, nabi telah dihiburkan dengan Isra’ dan Mikraj dan seterusnya diizinkan untuk berhijrah ke Madinah sehingga membina Daulah Islamiah yang telah mengubah kedudukan Islam daripada dihina kepada dipandang mulia, daripada lemah kepada memerintah. Dalam peristiwa di Taif iaitu ketika penduduknya bukan sahaja menolak mentah-mentah dakwah Islam malah telah melontar batu ke arah nabi sehingga berlumuran darah.

Kita dapat melihat nabi telah diberi peluang untuk menang mudah iaitu tawaran daripada malaikat penjaga bukit untuk menjadikan bukit bawah jagaannya sebagai emas tetapi ditolak oleh nabi sebagaimana nabi menolak tawaran malaikat penjaga bukit yang ingin menghancurkan penduduk Taif yang begitu degil dengan menjatuhkan bukit ke atas penduduk Taif.

Penolakan nabi ini memberi banyak pengajaran kepada kita umat Islam iaitu kekayaan bukanlah faktor utama dalam menegakkan Islam kerana jika kita perhatikan pada hari ini kebanyakan negara umat Islam dianugerahkan dengan hasil dalam negara yang banyak tetapi ia tidak membantu dalam membentuk umat Islam yang bersatu serta menghentikan penderitaan umat Islam yang sedang ditindas. Islam bukan mampu bangkit dengan kekuatan ekonomi semata-mata tetapi Islam bangkit melalui kekuatan aqidah yang ditanam dalam diri.

Peristiwa Isra’ Mikraj berlaku di dua tempat utama di bumi sebelum nabi dinaikkan ke sidratul muntaha iaitu bumi Mekah dan Palestin malah melalui ayat 1 surah Isra’ menjelaskan bagaimana Allah memberkati bumi isra’ dan sekitarnya. Sehingga kini bumi Isra’ iaitu Baitul Maqdis, Palestin terus menjadi rebutan tiga agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi sehinggakan keganasan Yahudi dalam membunuh dan merampas tanah milik umat Islam terus berjalan tanpa perikemanusiaan.

Peristiwa ini pada pandangan orang yang tidak beriman atau mereka yang tipis imannya, mereka menyatakan bahawa peristiwa ini tidak mungkin akan berlaku atau pun mereka berbelah bahagi samada mahu mempercayainya atau pun sebaliknya. Tetapi bagi orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan rasulNya maka mereka tetap percaya dengan penuh keimanan kepada peristiwa ini.

Setelah baginda s.a.w menceritakan apa yang telah terjadi padanya kepada masyarakat umum maka orang-orang kafir bertambah kuat mengejek dan mendustakan baginda s.a.w. Fitnah terhadap baginda s.a.w bertambah kuat malah ramai juga di kalangan mereka yang sebelum telah memeluk Islam telah pun murtad kembali. Manakala bagi mereka yang begitu membenarkan baginda s.a.w maka iman mereka tetap utuh sebagaimana kita lihat kepada reaksi Sayyidina Abu Bakar apabila dia mendengar berita daripada orang ramai tentang apa yang telah diberitahu oleh nabi s.a.w lalu beliau dengan tegas menyatakan : " Benar! Aku menyaksikan bahawa engkau merupakan Rasulullah. Jika baginda s.a.w mengatakan bahawa baginda telah diperjalankan lebih jaubh daripada itu maka aku tetap beriman kepadanya ". Inilah ketegasan dan keyakinan yang tidak berbelah bahagi Sayyidina Abu Bakar dalam mempercayai Allah dan rasulNya sehingga beliau digelar as-Siddiq yang membawa maksud pembenar.

Demikianlah peristiwa isra' dan mikraj ini merupakan satu ujian dan proses pemisahan antara mereka yang benar-benar beriman dengan mereka yang tipis imannya dan kufur terhadap Allah dan rasulNya. Ramai di kalangan mereka yang sebelum ini menyatkan keimanan mereka tetapi setelah mendengar penjelasan Rasulullah s.a.w tentang peristiwa isra' dan mikraj, mereka menjadi murtad.Walau pun ramai yang telah murtad namun Rasulullah s.a.w tidak dapat mengambil tindakan ke atas mereka kerana baginda s.a.w tidak mempunyai kuasa pada masa itu. Sedangkan jika kita baca satu lagu kisah yang berlaku selepas baginda menjadi ketua Daulah Islamiah di Madinah Munawwarah di mana selepas Rasulullah s.a.w menegaskan bahawa baginda telah di isra' kan oleh Allah maka ada seorang yang meminta supaya nabi s.a.w mengangkatkan kaki kanannya lalu baginda s.a.w terus melakukanya. Orang itu menyuruh lagi agar nabi mengangkat kaki kirinya tanpa meletakkan kaki kanannya. Mendengar permintaan itu lalu nabi s.a.w menyatakan bahawa baginda tidak mampu mengangkat kedua kakinya secara serentak. Setelah mendengar kata-kata nabi s.a.w itu maka orang itu terus mengatakan bagaimana kita boleh mempercayai bahawa nabi s.a.w telah di isra' kan sedangkan untuk mengangkat kakinya secara serentak pun baginda tidak mampu.Mendengar penjelasan daripada orang itu lalu baginda s.aw meminta agar dia menemui Sayyidina Umar al-Khottab. Setelah menemui Sayyidina Umar dan memberi penjelasan dengan apa yang telah berlaku lalu beliau terus masuk ke rumahnya untuk mengambil pedang. Ketika keluar dari rumahnya bersama dengan pedang yang terhunus lalu tanpa banyak berbicara beliau terus memancung kepala orang itu. Melihat peristiwa itu lantas orang ramai bertanya Sayyidina Umar mengenai tindakan yang telah dilakukan terhadap orang itu. Sayyidina Umar dengan tegas menyatakan bahawa dia bukanlah orang yang lebih alim daripada Rasulullah s.a.w dalam masalah Isra' mikraj tetapi baginda s.a.w menghantar orang itu kepadanya untuk dipancung kerana telah murtad bukannya untuk menerangkan masalah isra' dan mikraj. Kita dapat lihat bagaimana apabila adanya kuasa maka Rasulullah s.a.w dapat mengambil tindakan ke atas mereka yang melanggar ketetapan Allah. Berkesinambungan daripada inilah kita dapat memahami bahawa dalam melaksanakan Islam yang sebenar maka mestilah bertunjang kepada kuasa bagi memastikan konsep amar makruf dan nahi munkar dapat berjalan lancar bukan sebagaimana hari ini di mana hanya amar makruf atau menyuruh membuat kebaikan sahaja yang telah dijalankan oleh pihak berkuasa sedangkan nahi munkar dengan menutup pusat hiburan, membasmi pelacuran, menghadkan penjualan arak dan sebagainya tidak dilaksanakan.

Dalam peristiwa ini Allah telah mewajibkan kita untuk menunaikan solat lima waktu sehari semalam. Sebab itulah solat dikenali sebagai mikraj mukmin kerana ia satu-satunya ibadat fardhu yang diterima semasa mikraj sedangkan ibadat fardhu lain seperti puasa, zakat dan haji hanya difardhukan ketika Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah selepas peristiwa ini. Mengenai dakwaan mereka yang jahil dan terkeliru dengan pembawaan pemimpin yang jahil yang mengatakan bahawa ibadat tidak ada kaitannya dengan kepimpinan. Jika betul dakwaan mereka mengapakah cuti hari Jumaat yang ditukar kepada hari Ahad telah menyebabkan kesulitan kepada pekerja Islam untuk menunaikan solat Jumaat. Malah ada majikan yang berani menghalang pekerjanya daripada menunaikan solat Jumaat dan tidak kurang juga yang membuat peraturan supaya pekerjanya mengerjakan solat Jumaat mengikut giliran mingguan. Mengapakah majikan ini begitu berani membuat peraturan yang mana secara teran-terangan menghina Islam dan menghalang kebebasan beragama sedangkan telah tercatat di perlembagaan Malaysia bahawa Islam adalah agama rasmi dan juga rakyat diberikan kebebasan beragama. Ini tidak lain dan tidak bukan kerana pemimpin negara yang tidak bertanggungjawab terhadap agama dan takut untuk mengambil tindakan terhadap majikan dan syarikat terbabit kerana terhutang budi kepada majikan yang telah banyak membantu mereka dalam mengaut keuntungan. Adakah pemimpin seperti ini akan terus diberikan kepercayaan untuk melaksanakan Islam atau telah timbul kesedaran dalam diri kita semua untuk sama-sama menabalkan para ulama' sebagai pengganti kepada pemimpin yang jahil dan zalim itu dalam memegang tapuk pemerintahan negara yang kita sayangi ini.Ingatlah bahawa setiap usaha kita dalam memastikan Islam berjaya dijunjung akan diberikan ganjaran yag besar di sisi Allah sedangkan mereka yag cuba menyekat Islam daripada bebas untuk dilaksanakan disetiap lapangan kehidupan pasti akan dikalahkan di dunia serta akan diazabkan diakhirat nanti. Renungilah firman Allah dalam ayat 8 surah as-Sof y :


"Mereka ingin memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan) mereka, dan Allah tetap menyempurnakan cahayaNya meskipun orang-orang kafir membenci. "


Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali tibanya 27 Rejab . Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.