Saturday, June 25, 2011

Malaysia 2- Lubnan 1 (Kelayakan Olimpik 2012)

0
Glory glory my Malaysia....

huhuhuuhuu..x terkate dengan mulut ni bile tengok malaysia main malam jumaat hari 2..world class punye games laa..x sangke betul team Malaysia kita ni dah makin meningkat dari segi mutu permainan dan juga skill..congratulation..

Ana sangat puas hati mase tengok games malam 2..xpuas 2 tengok gol2 Malaysia,sambung pulak tengok kt youtube..hehehe..terdetik pulak nk shre dgn followers blog ana nii..kepade yg xdapat tgk atau terlepas tgk team olimpik Malaysia main malam 2,,ni ade sorotan video utk kamu semua..selamat menonton yeee...



Team Malaysia dan Team Lubnan Masuk Padang






Gol Pertama Malaysia Oleh Irfan Fazail





Gol Kedua Malaysia Oleh Wan Zack Haikal





Gol Saguhati Lubnan Oleh Chadie Atie






Tahniah kepada Pasukan Malaysia..Semoga Perjuangan kita ini akan menuju ke peringkat yang lebih tinggi setaraf dengan mutu permainan negara-negara seperti Brasil, German dan lain-lain..

Monday, June 20, 2011

ASN/ASB Haram!!- Kenyataan Jabatan Mufti Negeri Selangor

2
Salam..ape khbar sahabt semua..sudah lame ana x up date blog nii..al maklumla.. dapat cuti 3 minggu utk pertengahan semester nii..huhuhuhu..memang sangat membosankan..xthu nk buat pe kat rumah..huhuhuhu..ambik keputusan 2 minggu lepak selangor, dan seminggu kt Kelantan..ade jugak la keje yg boleh ana buat mase cuti baru ni.. ;-)


Untuk pengetahuan semua mase cuti baru ni ana teruskan part time ana sebagai agen public mutual..Alhamdulillah, dalam mase seminggu ana dapat uruskan hampir rm10 ribu investment under my own management..TQ Allah..terime kasih kepade penyimpan2 unit trust bawah kendalian saye.sega;e perkembangan mengenai unit trust public mutual ni akan saye sampaikan..

Nak pendekkan cite, mase cuti baru ni banyak jugak la ilmu tentang unit trust ni ana bace kt dalam internet nii..Alhamdulillah,,Allah banyak bagi petunjuk ilmu mngenai bisness nii..sedikit demi sedikit ana dapat faham ape itu public mutual,mcm mne nak tarik pelabur.mcm mne nk terang kt pelabur dll..hermm..manfaat jgk internet skrg ni kan.hehehe..sambil2 layan youtube pasal penternakan,dgr lagu2 jiwang expecially lagu faberet ana.Slam-kembali terjalin.hahaha..

Cukup la 2 kot set induksi blog ana kt atas 2,ni dia isi blog utk kali ni..pasal ASN/ASB haram..biar betul..sbnrnye bnde ni dah lame dh ana tahu,cume x pasti dan x yakin..so duk belek2 dalam 4 ke 7 laman web dan blog tentang isu ni..make ana mngelakkan diri utk mnyimpan dalam ASN/ASB..bukti yang ana dapat adalah berdasarkan kenyataan Jabatan Mufti Negeri Selangor terang-terang cakap ianye Haram...

KENAPA HARAM??????

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011M bersamaan 8 Jumadal Ula 1432H telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan seumpamanya adalah tidak halal. Hal ini kerana ia masih belum menepati hukum syarak dengan alasan seperti berikut:

  1. Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputra (ASB) secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah sebahagian besarnya adalah daripada sektor kewangan konvensional.
  2. Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputra (ASB) diklasifikasikan sebagai dana unit amanah tidak patuh syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti kerana terlibat dalam pelaburan tidak lulus syariah iaitu pelaburan dalam kaunter perbankan konvensional berteraskan faedah melalui Maybank dan pasaran wang.
  3. Sumbangan kepada tidak patuh syariah adalah terbesar yang tidak bertepatan dengan kehendak syarak serta kadar yang berubah-ubah ini menyukarkan pelabur untuk membuat pembersihan terhadap hasil dividen.

Di bawah ni adalah surat jawapan daripada Pejabat Mufti Negeri Selangor:



Dan sah la sekarang ape yg ana duk fikir selame ni betul..jadi ana sebagai anak jati negeri Selangor perlu patuh kepada arahan ini..hehehe..nasib baik x simpan dalam ASN/ASB..huhuu..utk pengetahuan semua,isu ni kalau nk dapatkan kepastian bolehla la ditujukan pade laman web ust zaharudin dan facebook ust azhar idrus.. Ana tertarik dengan kenyataan Ust Azhar Idrus tentang ketidakpuashatian segelintir manusia mngenai isu ni..jawab ust Azhar kepade mereka:

" Nabi dah pesan supaya jauhkan yang syubhah dan yang haram. Orang beriman bila dengar benda haram datang rasa taqwa dalam hatinya manakala orang munafiq akan marah-marah dan mencari jalan untuk melepaskan diri dari kelihatan bersalah"

Marilah same2 kite renugkan tentang isu nii..kalau ade di luar sane yg nak ceburi simpanan yang 100% jaminan berunsurkan syariah, public mutual la jawapan nye..jngan tunggu lame2 utk menyimpan ek..sangat banyak faedah/keuntungan/dividen tahunan diberi utk penyimpan2 yg memkirkan mase depan yang sangat selesa..nak tahu care dia?? tnye la ana lepas nii..komen la kt blog nii..Insya Allah ana balas..

jangan biarkan diri anda di selubungi misteri kewangan..hehehe..jumpe lagi ek..daaaa..salam

Saturday, June 4, 2011

Freedom_Maher Zain with lyrics

0

Gathered here with my family
…My neighbours and my friends
Standing firm together against oppression holding hands
It doesn’t matter where you’re from
Or if you’re young, old, women or man
We’re here for the same reason; we want to take back our land

Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we’re here together

Calling you for freedom, freedom

We know you can hear our call ooh
We’re calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you’re here with us

No more being prisoners in our homes
No more being afraid to talk
Our dream is just to be free, just to be free
Now when we’ve taking our first step
Towards a life of complete freedom
We can see our dream getting closer and closer, we’re almost there

Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we’re here together


Calling you for freedom, freedom

We know you can hear our call ooh
We’re calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you’re here with us

I can feel the pride in the air
And it makes me strong to see everyone
Standing together holding hands in unity
Shouting out load demanding their right for freedom
This is it and we’re not backing of
Oh God we know you hear our call

And we’re calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We’re calling for freedom, calling for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you’re here with us


Wednesday, June 1, 2011

Sejarah Penulisan Al-Quran Pada Zaman Bani Umayyah

1
Pada zaman Bani Umayyah, mereka menggunakan naskhah yang telah dihantar olek Khalifah Uthman. Naskhah ini telah disalin dan diperbanyakkan dalam keadaan yang asal iaitu tanpa mempunyai baris dan titik. Pertambahan umat islam daripada kalangan bukan arab telah merubah keadaan. Isimilasi bahasa berlaku antara orang arab dengan orang bukan arab. Ini telah memberi kesan kepada bahasa arab yang asli.

Kebanyakan orang bukan arab sukar untuk membezakan kalimah al-quran dan huruf-hurufnya.Ini kerana ianya tidak mempunyai sebarang baris dan titik. Jika perkara ini berlaku berterusan ia akan menjejaskan sebutan al-quran dan mengubah kalimah al-quran yang asal. Keadaan ini disedari oleh pemerintah islam pada masa itu. Mereka telah membuat beberapa ikhtiar untuk menjamin keaslian al-quran agar terus berkekalan.





Antara usaha tersebut ialah:


memperkenalkan dhobt al-quran iaitu meletakkan tanda baris seperti sukun (baris mati), sabdu, mad dan sebagainya. Ia telah dilaksanakan oleh Abu Aswad al-Duali semasa pemerintahan Khalifah Muawiyah bin Abu Sufian. Usaha ini telah diteruskan oleh ulama’ terkemudian dengan membuat penambahan terhadap tanda-tanda tersebut.

Meletakkan titik untuk membezakan antara huruf seperti titik pada huruf ba, ta, sa dan lain-lain. Ia dilaksanakan oleh Nasr bin Asim dan Yahya bin Ya’mur. Ia dilakukan pada masa pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan dengan bantuan Hajjaj bin Yusuf Saqafi.

Proses penambah baikan tanda-tanda al-quran telah diteruskan pada zaman Abasiyah. Ia dilaksanakan oleh Khalil bin Ahmad al-Basari. Ia telah membuat sedikit pengubahsuaian terhadap tanda-tanda yang telah dibuat oleh Abu Aswad al-Duali dan tanda-tanda inilah yang kita gunakan sekarang.

Rasm Uthmani

0

Rasm ialah suatu ilmu yang membahas cara menulis lafaz-lafaz atau perkataan-perkataan al-quran sama ada huruf-hurufnya ditambah, dikurangkan atau sebagainya.



Dhbt al-quran ialah ilmu yang membahaskan tanda-tanda (simbol) yang dicipta oleh ulama’ untuk mengawasi bacaan-bacaan dan kalimah-kalimah al-quran. Ia termasuk cara menulis baris-baris bacaan dan menambah titik-titik untuk membezakan huruf-huruf.

Rasm uthmani telah diperkenalkan pada zaman Khalifah Uthman b. Affan r.a. . Rasm relah diperkenalkan akibat perbezaan kaedah bacaan al-quran kerana penduduk di setiap kota islam mempelajari al-quran dengan wajah qiraat tertentu daripada para sahabat yang berbeza. Kaedah bacaan yang seragam itu dapat menyelamatkan kaum muslimin daripada perpecahan.

Tulisan al-quran di zaman Saidina Uthman tidak mempunyai sebarang tanda (dhabt) sama ada tanda-tanda baris, tanda-tanda titik, tanda-tanda wakaf dan lain-lain tanda. Bagi memudahkan pembacaan al-quran terutama orang bukan arab (ajam), ulama’ al-quran telah mencipta bentuk-bentuk tanda (dhabt) bermula di zaman Khalifah Marwan b. al-Hakim. Usaha ini dipelopori oleh Abu Aswad al-Dauli.









Dengan memahami, mempelajari dan mengamalkan ilmu rasm uthmani dan dhabt al-quran, kita dapat membaca al-quran dengan tepat dan betul menurut hukum-hukum tajwid yang dikehendaki dan mengikut tulisan al-quran yang asal yang diturunkan kepada rasulullah s.a.w. Selain itu, kita dapat membaca tanpa kesamaran pada tanda-tanda baris serta tanda-tanda hukum bacaan dan tidak terkeluar daripada bacaan dan maksud yang sebenar dan dipermudahkan dengan wajah qiraat.

Dengan mengamalkannya, kita dapat pahala dan kedudukan yang tinggi kerana kita mengamal ilmu yang berasaskan syariat dan tidak menyimpang daripada maksud yang sebenar.



Tuesday, May 31, 2011

Produk-Produk Smartherbs

0

Assalamualaikum dan salam sejahtera. kali ini saya akan memeperkenalkan satu lagi syarikat yang memngeluarkan produk-produk yang boleh juga di kategorikan sebagai produk kesihatan. Di sini saya hanya menyenaraikan produk-produk beserta dengan harga yang ditawarkan daripada saya sendiri. Produk ini memang hebat dan sagant sedap untuk di try..hehe..kalau x caya,cube laa..dh cube baru tahu..selamat membaca.. lepas bace terus order ok..nk tau lbh lanjut bagaimana nk mulakan perniagaan ni..? sile layari link blog saya yang akan saya lancarkan nnt...

Harga biasa:rm30/rm22 sekotak
Harga Ahli : rm20
Harga Trader : rm15

Kandungan Dan Khasiat.


1) Barli Bakar Khasiat utama Barli bakar ialah untuk menjaga dan membersih buah pinggang terutama untuk melancarkan process percernaan dan pembersihan darah. Ia akan menghindarkan penyakit yang berkaitan dengan buah pinggang seperti penyakit batu karang.

2)Ubi Beet Merah .Kaya dengan khasiat zat besi penting untuk pembentukan hemoglobin bertujuan untuk pembekuan sel-sel darah merah. Selain itu, red pigment bitaine berfungsi sebagai antikanser.

3)Gula Perang. Secawan gula perang mengandungi 187 mg Kalsium, 56 g Phosphorous, 757 mg Potasiun dan 97 mg Sodium berbanding dengan gula pasir yang hampir langsung tidak mempunyai zat garam galian. Phosporous sangat penting untuk tulang dan mempercekapkan sistem saraf serta menajamkan minda

4)Kopi Arabiaca. Sejenis kopi yang sangat digalakan untuk di minum seisi keluarga kerana kandungan kaffein yang sangat rendah berbanding dengan kopi biasa.
Krimer Krimer yang digunakan bukan dari jenis tenusu yang jelas mengandungi paras lemak yang rendah. Ia sesuai untuk amalan kesihatan dan dalam pemakanan yang seimbang.



Harga biasa:rm30/rm22 sekotak
Harga Ahli : rm20
Harga Trader : rm15

Kandungan Dan Khasiat

1)Tongkat Ali. Khasiat Tongkat Ali ialah untuk merangsang dan menambah pengeluaran hormon testos terone di kalangan lelaki dan juga untuk kesihatan dalaman. Disamping itu, ia juga berkesan untuk merawat 'hypertension'.

2)Ubi Jaga. Sama seperti tongkat Ali. nama saintifik Radixs milax myosotoflora.

3)Ubi Beet Merah. Kaya dengan khasiat zat besi penting untuk pembentukan hemoglobin bertujuan untuk pembekuan sel-sel darah merah. Selain itu, red pigment bitaine berfungsi sebagai antikanser

4)Mas Cotek. Mas Cotek digunakan terutamanya untuk membantu melancarkan peredaran darah.

5)Ginseng. Ginseng digunakan sebagai bahan untuk meningkatkan stamina dan ketahanan badan.

6)Guarana. Guarana di kenali sebagai bahan untuk meningkatkan daya ketahanan fikiran, mencegah keletihan dan meningkatkan stamina dikalangan orang dewasa.

7)Gula Perang. Secawan gula perang mengandungi 187 mg Kalsium, 56 g Phosphorous, 757 mg Potasiun dan 97 mg Sodium berbanding dengan gula pasir yang hampir langsung tidak mempunyai zat garam galian. Phosporous sangat penting untuk tulang dan mempercekapkan sistem saraf serta menajamkan minda.

8)Krimmer .Krimer yang digunakan bukan dari jenis tenusu yang jelas mengandungi paras lemak yang rendah. Ia sesuai untuk amalan kesihatan dan dalam pemakanan yang seimbang.

9)Kopi Arabia. Sejenis kopi yang sangat digalakan untuk di minum seisi keluarga kerana kandungan kaffein yang sangat rendah berbanding dengan kopi biasa.





Harga biasa:rm30/rm22 sekotak
Harga Ahli : rm20
Harga Trader : rm15


Kandungan Dan Khasiat

1)Kacip Fatimah. Khasiat utama Kacip Fatimah adalah untuk penjagaan kesihatan dalaman wanita. Membantu wanita lebih active dari segi mental dan fizikal.

2)Menjakani .Mengembali dan mengekalkan keremajaan wanita. Membantu pengecutan lemak di dalam badan di samping menegang dan mengembalikan keanjalan otot pada dinding sistem peranakan wanita.

3)Ubi Beet Merah. Kaya dengan khasiat zat besi penting untuk pembentukan hemoglobin bertujuan untuk pembekuan sel-sel darah merah. Selain itu, red pigment bitaine berfungsi sebagai antikanser

4)Mas Cotek .Mas Cotek digunakan terutamanya untuk membantu melancarkan peredaran darah

5)Gula Perang .Secawan gula perang mengandungi 187 mg Kalsium, 56 g Phosphorous, 757 mg Potasiun dan 97 mg Sodium berbanding dengan gula pasir yang hampir langsung tidak mempunyai zat garam galian. Phosporous sangat penting untuk tulang dan mempercekapkan sistem saraf serta menajamkan minda.

6)Kopi Arabica .Sejenis kopi yang sangat digalakan untuk di minum seisi keluarga kerana kandungan kaffein yang sangat rendah berbanding dengan kopi biasa.

7)Krimer .Krimer yang digunakan bukan dari jenis tenusu yang jelas mengandungi paras lemak yang rendah. Ia sesuai untuk amalan kesihatan dan dalam pemakanan yang seimbang.



Harga biasa:rm30/rm22 sekotak
Harga Ahli : rm20
Harga Trader : rm15

Khasiat

Menghangatkan bahagian "takungan lemak" dan seterusnya membakar lemak di kawasan tersebut.

Membantu mengempiskan perut buncit dan merampingkan badan.

Merawat dan mengurangkan selulit di kawasan bermasalah

Membuang angin lebihan dalam badan, melegakan kembung perut dan senggugut.

Losyen urutan untuk menyegarkan seluruh badan.

Sesuai digunakan bagi wanita yang baru bersalin






Harga biasa:rm35/rm28 sekotak
Harga Ahli : rm25
Harga Trader : rm20

Khasiat

Susu kambing mempunyai molekul protin & lemak yang sangat halus serta mudah hadam berbanding dengan susu lain. Ianya sangat baik untuk diet bayi dan juga orang dewasa yang mempunyai masalah penghadaman. Disebabkan zarahnya yg halus & sifatnya yang menyah acid, maka sangat sesuai digunakan bagi rawatan ulcer & gastric.

Susu kambing mempunyai kandung laktosa 7% lebih rendah berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk kanak-kanak yg cirit birit & alahan kepada susu lembu & susu tepung.

Ianya mempunyai kandungan pH beralkali. Maka ianya tidak menjana acid dalam darah atau usus. Ianya bertindak meneutralkan acid dalam badan.

Kandungan Mineral Selenium yang kaya dalam susu kambing bertindak sebagai bahan bagi virus membantu sistem ketahanan sel badan manusia dan bahan anti oksida. Selain itu ianya melawansecara semulajadi dan mencegahnya dari membiak.

Susu kambing secara semulajadi mencegah pembiakan organism yang merbahaya dlm badan manusia sekaligus menjadikan kita sihat.

Kandungan potassium & calcium yg tinggi dalam susu kambing serta kandungan sodium yang rendah dlm susu kambing sangat penting bagi membentuk tekanan darah yang normal danmengawal fungsi hati yang normal.

Susu kambing mengandungi bahan riboflavin untuk tenaga dan juga boleh merawat simptonpenyakit asma, eczema, colic, insomnia dan demam kuning.

Tuesday, October 19, 2010

Maksud Etika

0

Etika berasal dari perkataan ‘ethos’ (Greek) yang membawa maksud perangai atau keperibadian.Etika adalah satu sistem dasar akhlak, adat, tingkah laku atau kesusilaan Ia juga bermaksud prinsip moral atau set prinsip moral. Ini bermaksud tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat. Dari sudut perspektif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah.

Etika merupakan salah satu cabang utama falsafah yang merangkumi kelakuan betul dan kehidupan baik. Liputan etika adalah lebih luas daripada manganalisis apa yang betul dan salah seperti yang sering dianggap. Antara aspek utama etika ialah "kehidupan baik", iaitu kehidupan yang bernilai atau memuaskan, yang dianggap lebih penting daripada tingkah laku moral oleh banyak ahli falsafah. Antara isu utama dalam etika ialah pencarian summum bonum, iaitu "kebaikan yang terbaik". Tindakan yang betul dikatakan mengakibatkan kebaikan terbaik, manakala tindakan tak bermoral dikatakan menghalangnya.

Etika berkaitan dengan konsep-konsep moral seperti kebaikan, kejahatan, benar, salah, kewajipan, tanggungjawab, keadilan; iaitu analisis konsep-konsep seperti ini dan justifikasi pertimbangan (pernyataan, dakwaan) yang melibatkan konsep-konsep tersebut. Etika adalah teori tentang tingkah laku yang betul dalam kehidupan yang baik bukannya amalan. Etika mengkaji fakta, menganalisisnya dan merumuskan apakah tingkah laku yang sebetulnya. Etika tidak berpegang pada apa yang dinamakan "tanzil Tuhan" atau "wahyu Tuhan" terhadap jawapan akhir atau menyelesaikan isu-isu moral tertentu. Etika berbeza dengan agama.

Maksud etika profesional pula adalah semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai serta tingkah laku profesion dalam masyarakat. Ia mencakupi sebahagian besar kehidupan ahli profesional kecuali hal-hal yang benar-benar peribadi seperti mencuci kereta, menanam bunga dan lain-lain. Oleh itu, etika perguruan bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat, negara, pelajar, ibu bapa pelajar dan rakan sejawat.

Istilah Etika berasal dari bahasa Yunani kuno. Bentuk tunggal kata ‘etika’ yaitu ethos sedangkan bentuk jamaknya yaitu ta etha. Ethos mempunyai banyak erti iaitu : tempat tinggal yang biasa, padang rumput, kandang, kebiasaan/adat, akhlak,watak, perasaan, sikap, cara berpikir. Sedangkan arti ta etha yaitu adat kebiasaan.

Standard Guru Malaysia (SGM)

0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Bertemu kita sekali lagi untuk kali ini..aaaa..pada bulan ni..saya akan berkongsi ilmu berkenaan dengan pendidikan..soo..guru-guru ataupun mereka yang di luar sana yang mahu mencari maklumat berkenaan dengan SGM,.bacalah di blog saye ye..ajak kawan2 sekali baca..hehe..di bawah ni saya ceritakan beberapa perkara berkenaan dengan SGM..Maklumat ini juga merupakan sebahagian daripada tugasab kerja kursus saya di IPG.jom kite read..

Malaysia memberi penekanan tinggi terhadap pembangunan modal insan kelas pertama di mana bina upaya adalah pendekatan utama ke arah mencapai status negara maju pada tahun 2020. Modal insan adalah harta yang boleh disuntik nilai tambahnya, diinjakkan nilai inteleknya serta diperbanyakkan modal budayanya. Pembangunan modal insan berkualiti bergantung kepada pendidikan berkualiti; yang dapat menghasilkan individu yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju.

Pendidikan juga perlu membentuk modal insan yang mampu berfikiran kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang baru, mempunyai daya tahan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran global yang sering berubah. Dalam abad ke-21 ini, negara menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi, liberalisasi, pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).

Sehubungan dengan itu Malaysia memerlukan modal insan yang juga celik TMK, progresif dan mampu bersaing di pasaran kerja global. Pembangunan sistem pendidikan bertaraf dunia mengikut acuan Malaysia adalah agenda utama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Justeru itu, guru perlu memahami, menunjukkan kesungguhan, dan mempunyai iltizam yang tinggi dalam melaksanakan daya usaha dan pendekatan baru ke arah usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan seperti petikan yang berikut: “... as the most significant and costly resource in schools, teachers are central to school improvement efforts. Improving the efficiency and equity of schooling depends, in large measure, on ensuring that competent people want to work as teachers, that their teaching is of high quality, and that all students have access to high quality teaching. “(Organization for Economic Co-operation and Development; petikan daripada Pelan Induk Pembangunan Pendidikan KPM 2007; hal. 106 )

Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan pelbagai usaha untuk melahirkan guru yang berkualiti dan memastikan mereka yang berkualiti kekal dalam sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan. Antara langkah yang telah diusahakan termasuklah memantapkan latihan perguruan, menambah baik sistem pemilihan calon guru, melonjakkan kecemerlangan institusi latihan perguruan, dan menambah baik laluan kerjaya serta kebajikan guru.

Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan peneraju utama latihan perguruan di Malaysia. BPG bersama-sama Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) bertanggungjawab merancang dan melaksanakan latihan perguruan untuk memenuhi keperluan tenaga pengajar di institusi pendidikan seluruh negara. Bagi menjamin guru yang dihasilkan berkualiti tinggi, tiga aspek utama ditekankan iaitu amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran. Bahagian Pendidian Guru telah mengambil langkah proaktif dalam membangunkan standard guru sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan di Malaysia.

Standard Guru Malaysia ini digubal berdasarkan rasional yang berikut:

  • Guru perlu mempunyai tahap amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang tinggi bagi membolehkan mereka berfungsi sebagai guru profesional dengan berkesan,
  • Agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan keperluan yang jelas dan lengkap seperti dasar, kurikulum, infrastruktur, tenaga pengajar, sumber pengajaran dan pembelajaran, serta jaminan kualiti untuk membolehkan proses latihan dijalankan dengan lancar, berkesan dan bermutu tinggi,
  • KPM sedang berusaha untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan guru yang dapat dijadikan showcase. Justeru itu, adalah wajar standard bagi institusi latihan perguruan diwujudkan, dan
  • Standard Guru Malaysia menggariskan kriteria dan standard am guru selaras dengan Malaysian Qualifications Framework (MQF) yang menggariskan kriteria dan standard am pendidikan tinggi.

Standard Guru Malaysia digubal bagi tujuan yang berikut:

  • mengenal pasti tahap kompetensi profesional guru dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran,
  • mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi menjamin tahap kompetensi guru yang ditetapkan tercapai.


Standard Guru Malaysia akan dapat mengenal pasti dasar dan strategi pembangunan pendidikan guru yang patut ditambahbaik sejajar dengan perkembangan dan cabaran semasa dunia pendidikan.

Penggubalan SGM adalah berasaskan kepada prinsip dan proses yang berikut:

  • Pernyataan Standard dan Keperluan jelas, tepat, relevan, praktikal, adil, dan realistik,
  • Standard dan Keperluan yang dicadangkan adalah berasaskan kajian serta penandaarasan, dan
  • Proses penggubalan dilaksanakan secara kolaboratif, telus, terbuka dan persetujuan bersama dengan pihak-pihak berkepentingan.

Standard Guru Malaysia adalah dokumen rujukan yang patut diguna pakai oleh pihak yang berikut:

Guru

  • Membuat refleksi kendiri terhadap tahap pencapaian standard.
  • Mengenal pasti keperluan pembangunan profesionalisme diri.

Pendidik Guru di Institusi Latihan Perguruan

  • Membuat refleksi kendiri terhadap tahap pencapaian standard.
  • Mengenal pasti keperluan pembangunan profesionalisme diri.
  • Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih (guru praperkhidmatan) atau peserta kursus (guru dalam perkhidmatan).
  • Mengenal pasti strategi bagi membantu guru pelatih atau peserta kursus meningkatkan tahap pencapaian standard.


Pengurus dan Pentadbir Institusi Latihan Perguruan

  • Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih dan peserta kursus.
  • Mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh institusi.
  • Mengenal pasti strategi bagi meningkatkan tahap pencapaian standard dan keperluan.

Guru Besar dan Pengetua Sekolah

  • Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru.
  • Menyediakan dan melaksanakan strategi bagi meningkatkan tahap pencapaian standard oleh guru.


Agensi Latihan Perguruan

  • Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih dan peserta kursus di institusi latihan perguruan.
  • Mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan oleh agensi dan institusi latihan perguruan.
  • Mengenal pasti dasar dan strategi pembangunan pendidikan guru yang boleh ditambahbaik.

Glosari

Berikut adalah penjelasan kepada istilah yang digunakan dalam dokumen Standard Guru Malaysia, Panduan Standard Guru Malaysia dan Instrumen Standard Guru Malaysia.

  • Guru

Tiga kategori guru yang dimaksudkan ialah guru terlatih yang sedang mengajar di sekolah, guru terlatih yang sedang mengikuti kursus dalam perkhidmatan di institusi latihan perguruan, dan guru pelatih yang sedang mengikuti kursus praperkhidmatan di institusi latihan perguruan.

  • Institusi Pendidikan

Sekolah atau mana-mana tempat lain, di mana dalam menjalankan kerja sesuatu organisasi atau institusi, individu lazimnya diajar, sama ada di dalam satu kelas atau lebih.

  • Standard

Pernyataan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru.

  • Keperluan

Pernyataan aspek latihan perguruan yang patut disediakan dan dilaksanakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan.

  • Bilik Darjah

Lokasi dan ruang di mana sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan, termasuk bilik kuliah, bengkel dan makmal.

  • Kompetensi

Kemahiran profesional guru berdasarkan amalan nilai profesionalisme, pengetahuan dan kefahaman, dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran.

  • Institusi Latihan Perguruan

Organisasi yang bertanggungjawab mereka bentuk dan melaksanakan latihan perguruan termasuklah IPG dan fakulti pendidikan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

  • Agensi Latihan Perguruan

Organisasi yang menggubal dasar dan memantau pelaksanaan latihan perguruan seperti Kementerian Pengajian Tinggi dan BPG

  • Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)

Institusi yang melaksanakan latihan perguruan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

  • Sekolah

Institusi pendidikan ini merangkumi sekolah rendah dan menengah, sekolah teknik, sekolah pendidikan khas, sekolah vokasional.

  • Murid

Pelajar sekolah yang menerima pengajaran dan pembelajaran daripada guru.

  • Program

Susunan kursus dan isi kandungan pembelajaran yang dirancang serta direka bentuk bagi suatu tempoh tertentu untuk mencapai hasil pembelajaran seperti yang ditentukan dalam matlamat dan objektifnya. Program yang dimaksudkan akan menjurus kepada penganugerahan sesuatu kelayakan.

  • Kursus

Unit asas pembelajaran yang membentuk sesuatu program, mempunyai hasil khusus, kandungan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran serta kaedah penilaian bagi menyokong pencapaian hasil pembelajaran.

  • Kurikulum

Skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di institusi latihan perguruan. Kurikulum merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan, dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang pelajar dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.

  • Aktiviti Kokurikulum

Aktiviti persatuan atau kelab, sukan dan olahraga, serta unit beruniform yang wajib diikuti oleh semua guru pelatih yang mengikuti latihan perguruan.

  • Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)

Guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ditempatkan di sekolah selama satu minggu untuk memberi peluang kepada mereka memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru dan komuniti sekolah.

  • Minggu Orientasi Sekolah (MOS)

Guru pelatih Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR) Jawi, Quran, bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) ditempatkan di sekolah selama satu minggu untuk memberi peluang kepada mereka memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru dan komuniti sekolah.

  • Praktikum

Semua guru pelatih yang mengikuti latihan perguruan di tempatkan di sekolah untuk pengalaman praktik di dalam dan di luar bilik darjah. Praktikum menyediakan peluang kepada guru pelatih mempraktikkan teori dalam amalan pengajaran dan pembelajaran serta menghasilkan teori pengajaran dan pembelajaran yang tersendiri.

  • Penilaian

Pengukuran berterusan yang dijalankan sepanjang tempoh kursus pengajian atau program latihan dan termasuklah apa-apa peperiksaan bertulis yang membawa markah atau gred bagi sesuatu kursus atau program latihan atau sebahagian daripadanya.

  • Pembangunan Profesionalisme Berterusan

Program latihan secara sistematik yang menjurus ke arah peningkatan profesionalisme dan pembangunan kerjaya serta kecemerlangan perkhidmatan.

  • Hasil Pembelajaran

Penguasaan guru dalam amalan nilai profesionalisme keguruan, ilmu pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran.

  • Pihak Berkepentingan

Pihak yang mempunyai kepentingan bersama secara langsung dalam konteks perkhidmatan pendidikan. Contohnya sekolah, ibu bapa, penaja, ketua perkhidmatan.

  • Budaya IPG

Amalan kerja warga IPG bertujuan mewujudkan identiti institusi unggul yang melahirkan guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara, serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

  • Infrastruktur

Kemudahan fizikal di institusi latihan perguruan bagi menyokong penterjemahan dan pelaksanaan kurikulum serta kokurikulum yang berkesan, bermakna dan menyeronokkan.

  • Infostruktur

Pemilihan dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) secara berkesan, jaringan dalaman dan luaran serta perkhidmatan pusat sumber.

  • Pengurusan Kualiti

Mekanisme dan kerangka kualiti semua proses aktiviti organisasi bagi menjamin kualiti produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

  • Pendidik Guru

Merupakan individu yang bertauliah yang melatih guru di institusi latihan perguruan.