Wednesday, June 1, 2011

Sejarah Penulisan Al-Quran Pada Zaman Bani Umayyah

1
Pada zaman Bani Umayyah, mereka menggunakan naskhah yang telah dihantar olek Khalifah Uthman. Naskhah ini telah disalin dan diperbanyakkan dalam keadaan yang asal iaitu tanpa mempunyai baris dan titik. Pertambahan umat islam daripada kalangan bukan arab telah merubah keadaan. Isimilasi bahasa berlaku antara orang arab dengan orang bukan arab. Ini telah memberi kesan kepada bahasa arab yang asli.

Kebanyakan orang bukan arab sukar untuk membezakan kalimah al-quran dan huruf-hurufnya.Ini kerana ianya tidak mempunyai sebarang baris dan titik. Jika perkara ini berlaku berterusan ia akan menjejaskan sebutan al-quran dan mengubah kalimah al-quran yang asal. Keadaan ini disedari oleh pemerintah islam pada masa itu. Mereka telah membuat beberapa ikhtiar untuk menjamin keaslian al-quran agar terus berkekalan.





Antara usaha tersebut ialah:


memperkenalkan dhobt al-quran iaitu meletakkan tanda baris seperti sukun (baris mati), sabdu, mad dan sebagainya. Ia telah dilaksanakan oleh Abu Aswad al-Duali semasa pemerintahan Khalifah Muawiyah bin Abu Sufian. Usaha ini telah diteruskan oleh ulama’ terkemudian dengan membuat penambahan terhadap tanda-tanda tersebut.

Meletakkan titik untuk membezakan antara huruf seperti titik pada huruf ba, ta, sa dan lain-lain. Ia dilaksanakan oleh Nasr bin Asim dan Yahya bin Ya’mur. Ia dilakukan pada masa pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan dengan bantuan Hajjaj bin Yusuf Saqafi.

Proses penambah baikan tanda-tanda al-quran telah diteruskan pada zaman Abasiyah. Ia dilaksanakan oleh Khalil bin Ahmad al-Basari. Ia telah membuat sedikit pengubahsuaian terhadap tanda-tanda yang telah dibuat oleh Abu Aswad al-Duali dan tanda-tanda inilah yang kita gunakan sekarang.

Rasm Uthmani

0

Rasm ialah suatu ilmu yang membahas cara menulis lafaz-lafaz atau perkataan-perkataan al-quran sama ada huruf-hurufnya ditambah, dikurangkan atau sebagainya.



Dhbt al-quran ialah ilmu yang membahaskan tanda-tanda (simbol) yang dicipta oleh ulama’ untuk mengawasi bacaan-bacaan dan kalimah-kalimah al-quran. Ia termasuk cara menulis baris-baris bacaan dan menambah titik-titik untuk membezakan huruf-huruf.

Rasm uthmani telah diperkenalkan pada zaman Khalifah Uthman b. Affan r.a. . Rasm relah diperkenalkan akibat perbezaan kaedah bacaan al-quran kerana penduduk di setiap kota islam mempelajari al-quran dengan wajah qiraat tertentu daripada para sahabat yang berbeza. Kaedah bacaan yang seragam itu dapat menyelamatkan kaum muslimin daripada perpecahan.

Tulisan al-quran di zaman Saidina Uthman tidak mempunyai sebarang tanda (dhabt) sama ada tanda-tanda baris, tanda-tanda titik, tanda-tanda wakaf dan lain-lain tanda. Bagi memudahkan pembacaan al-quran terutama orang bukan arab (ajam), ulama’ al-quran telah mencipta bentuk-bentuk tanda (dhabt) bermula di zaman Khalifah Marwan b. al-Hakim. Usaha ini dipelopori oleh Abu Aswad al-Dauli.









Dengan memahami, mempelajari dan mengamalkan ilmu rasm uthmani dan dhabt al-quran, kita dapat membaca al-quran dengan tepat dan betul menurut hukum-hukum tajwid yang dikehendaki dan mengikut tulisan al-quran yang asal yang diturunkan kepada rasulullah s.a.w. Selain itu, kita dapat membaca tanpa kesamaran pada tanda-tanda baris serta tanda-tanda hukum bacaan dan tidak terkeluar daripada bacaan dan maksud yang sebenar dan dipermudahkan dengan wajah qiraat.

Dengan mengamalkannya, kita dapat pahala dan kedudukan yang tinggi kerana kita mengamal ilmu yang berasaskan syariat dan tidak menyimpang daripada maksud yang sebenar.