Sunday, June 20, 2010

TARANNUM SHOBA

.

Latar Belakang Tarannum Shoba

Shoba bermaksud rindu dan menurut istilah ialah nama sejenis tarannum yang dipopularkan oleh pakar-pakar tarannum Mesir. Sesuatu persembahan tarannum tidak sempurna sekiranya tidak dimasukkan Tarannum Shoba. Alunannya sayu mendayu dan sangat sinonim bagi menyampaikan maksud kesedihan dan sayu.

Sifat-sifat Tarannum Shoba

§ Memiliki gerak lembut yang menyentuh jiwa pembaca dan pendengar

§ Alunannya lembut merdu mempesonakan

§ Sesuai digandingkan dengan tabaqat suara sederhana

§ Sesuai dialunkan pada ayat-ayat berbentuk permohonan doa, rayuan dan rintihan

Peranan Tarannum Shoba

§ Memberi ketenangan pada persembahan

§ Kekhusyukan dan keinsafan kepada pembaca dan pendengar

§ Melahirkan kefasihan dalam melafazkan ayat-ayat al-Quran

§ Melahirkan kemukjizatan al-Quran dalam aspek bacaan

Tarannum yang Sesuai Selepasnya

§ Jika berlaku ketegangan pada persembahan maka sesuai diwasalkan dengan tarannum ‘Iraqi atau Nahawand

§ Jika berlaku kelemahan pada persembahan maka sesuai diwasalkan dengan tarannum ‘Ajam dan Hijaz.




Belajar Tarannum Shoba Bersama Dr Mahmood




Alunan Shoba Syeikh Dr Ahmad Nuaina




Video Maqam Shoba






No comments:

Post a Comment