Tuesday, January 19, 2010

Maksud Tarannum

0

Tarannum adalah suatu ilmu atau qaedah suara yang dipelbagaikan mengikut proses nada, rentak dan irama tertentu.

Nada: tingkatan atau tekanan bunyi suara.

Rentak: pergerakan yang menghidupkan bunyi suara.

Irama: alunan atau bentuk bunyi.

Tarannum adalah suatu istilah yang diguna pakai oleh

RasuluLlah SAW.Sabda Baginda


ما أذن الله لشىء ما أذن لنبى حسن الترنم بالقرأن. (رواه البخارى)

"Apa yang diizinkan Allah atas sesuatu itu ialah apa yang diizinkan kepada nabinya yang selalu mengelokkan lagu (tarannum) bacaan al-Quran".

Sejarah Tarannum

Rasulullah SAW menerima Al-Quran pada tahun 610 masihi. Baginda memerintahkan umatnya membaca Al-Quran dengan suara yang elok serta diperindahkan lagi (tazyin / tarannum). Kemudian terdapat beberapa orang sahabat yang masyhur sebagai qari-qari yang baik antaranya Abdullah bin Mas’ud RA, Abu Musa Asy’ari RA dan ramai lagi. Kemudian pada zaman tabiin muncul pula qari-qari seperti Alqamah b Qis di Kufah (62 hijrah). Abdullah b Saib di Mekah (70 hijrah) dan lain-lain. Begitulah sejarah pembacaan Al-Quran bertarannum yang terus berkembang sehingga ke hari ini.

Oleh kerana tarannum sesuatu yang bersifat seni pendengaran (sima’i), maka Jumhur qurra bersepakat bahawa tidak diketahui secara sanadnya bagaimanakah bacaan berlagu RasuluLlah SAW itu.

Ketika zaman-zaman keagungan Islam dahulu, cabang-cabang ilmu Islam begitu pesat berkembang serta mempunyai berbagai aliran (mazhab). Seiring dengan itu, ilmu tarannum juga membangun serta mempunyai berbagai aliran yang popular antaranya:

  1. Misri (Mesir).
  2. Hijazi (Mekah dan Madinah).
  3. Iraqi.
  4. Kurdi (sempadan Iraq dan Turki).
  5. ‘Ajami (Iran) dan lain-lain.

Kini aliran yang paling popular dan diterima di seluruh dunia ialah aliran Misri. Qari-qari Mesir yang muktabar telah mengambil dan mengubah suai tarannum-tarannum atau lebih mereka sebutkan sebagai ilmu maqamat itu dari aliran-aliran di atas mengikut budaya mereka serta mengarabkannya untuk bacaan Al-Quran.

No Response to "Maksud Tarannum"

Post a Comment