Definisi Pengukuran
Kita sering melihat bahawa ahli-ahli atlit sukan yang ingin mewakili negara akan diberi syarat-syarat tertentu untuk membolehkan mereka diterima secara automatik untuk mewakili negara. Apakah sebenarnya yang diukur, pencapaian peribadi mereka atau jumlah penyertaan yang mereka sertai. Apakah maksud dan tujuan pengukuran? Pengukuran membawa maksud yang lebih luas berbanding pengujian. Pengukuran membawa definisi sebagai “suatu proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik (melalui angka) tentang sebanyak mana individu/pelajar mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan alat tertentu”. Dalam erti kata lain pengukuran ialah proses menentukan sejauh mana seseorang individu memiliki ciri-ciri tertentu.
Pengukuran juga boleh didefinisikan sebagai suatu proses atau sistem yang digunakan untuk menentukan nilai kuantitatif sesuatu benda, perkara atau keadaan. Nilai kuantitatif ini biasanya dinyatakan dalam sesuatu unit angka yang tetap dengan menggunakan alat pengukuran yang berkaitan. Dengan kata lain, pengukuran ialah tindakan atau proses untuk menentukan sejauh mana sesuatu perkara itu wujud, khususnya apabila perkara itu dibandingkan dengan satu standard.
Tujuan Pengukuran
· Menentukan tahap pencapaian dan kedudukan diantara murid.
· Membuat perbandingan pencapaian dan kedudukan diantara murid dalam matapelajaran tertentu ataupun keseluruhan pencapaian akademiknya.
· Untuk pengelasan dan menempatan murid dalam jurusan kurikulum yang sesuai.
· Untuk membuat analisis, pentafsiran dan rumusan dalam sesuatu penyelidikan daripada keputusan pengukuran.
· Untuk pensijilan sebagai tahap pencapaian akademik dalam sesuatu peringkat persekolahan.
· Sebagai rujukan kriteria bagi pihak yang berkenaan untuk tujuan tertentu.
Tujuan pengukuran juga boleh dilihat dari segi pengajaran dan pentadbiran. Dari segi pengajaran, Ee Ah Meng (1991) menyenaraikan fungsi-fungsi pengukuran seperti berikut:
1) Mengesan hasil-hasil pembelajaran yang diperoleh
2) Mengesan jenis-jenis kemahiran yang diperoleh
3) Mengesan kemajuan yang dicapai dalm aspek-aspek pembelajaran yang lain
4) Mengesan jenis-jenis masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid.
Sementara dari segi pentadbiran, fungsi-fungsi pengukuran adalah seperti berikut:
1) Mendapatkan maklumat untuk pengaliran atau pengumpulan.
2) Mendapatkan maklumat untuk bimbingan
3) Mendapatkan maklumat tentang kecekapan guru
4) Mendapatkan maklumat untuk rekod prestasi dan rekod profil dan kemudiannya dibekalkan sebagai maklum balas kepada murid dan ibu bapa.
Pengukuran sebagai disiplin boleh wujud dalam berbagai-bagai tahap dan peringkat. Namun dalam bidang pendidikan, pengukuran biasanya dilaksanakan dalam dua tahap sahaja. Tahap-tahap ini adalah seperti berikut (Sharifah Alwiyah Alsagoff, 1986):
Ø Menempatkan pangkatan murid mengikut pencapaian mereka seperti memilih 10 orang murid yang terbaik daripada satu darjah dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Untuk ini, guru memerlukan alat pengukuran yang dapat membeza dan menempatkan kedudukan murid dari segi kebolehan Pendidikan Islam. Untuk pengukuran tahap di tahap ini, guru tidak perlu mengetahui sebanyak mana pengetahuan Pendidikan Islam bagi setiap 10 orang murid terbaik itu atau perbezaan kebolehan Pendidikan Islam bagi 10 orang murid yang terpilih berbanding dengan murid-murid lain. Skel yang digunakan ditahap ini ialah skel urutan sahaja
( skel ordinal).
Ø Ditahap kedua, khususnya untuk kegunaan analisa perangkaan, pengukuran jenis ini menggunakan skel selang. Guru harus menyediakan ujian yang member unit markah yang sama besarnya seperti ( 100% dan tahap 1% adalah sama berat nilainya). Dari maklumat seperti ini, kesemua murid bukan sahaja dapat diberi pangkatan, malahan perbezaan antara murid dapat dikira.
Ciri- ciri :
pengukuran tidak melibatkan proses menilai ( seperti sesuatu itu dihargai, dianggap baik, buruk, memadai dan sebagainya). Apabila guru mengukur kebolehan murid contohnya dalam mata pelajaran Pendidikan Islam, yang dinyatakan ialah sebanyak mana atau setinggi mana pengetahuan Pendidikan Islam yang telah dicapai oleh murid tersebut. Kebolehan atau pengetahuan murid tidak dikaitkan dengan nilai baik, lemah dan sebagainya. Pertimbangan tentang nilai seperti ini dibuat dalam proses penilaian.
Pengukuran membandingkan markah seseorang murid dengan satu skel atau dengan satu standard. Dalam hamper semua pengukuran di bidang Pendidikan atau psikologi, skel atau standard yang digunakan ialah pencapaian murid lain. Dengan kata lain, pengukuran dalam pendidikan adalah untuk membandingkan pencapaian semua murid atau tentang perbezaan antara murid. Skel atau standard yang mutlak dan sentiasa tetap tidak dapt digunakan kerana pengukuran dalam pendidikan membandingkan seseorang murid dengan rakan sebayanya dan member interprestasi pencapaian urid tersebut berdasarkan pencapaian semua rakan sebayanya ( Sharifah Alwiah Al-Sagoff, 1986)
Biasanya, kita mewakilkan sesuatu pengukuran berbentuk angka kepada prestasi seseorang individu untuk menggambarkan keupayaan individu tersebut. Contohnya, Ramli mendapat 60 peratus dalam ujian Matematik. Kita tidak menyatakan prestasi Ramli sama ada baik atau sebaliknya. Dalam hal ini, kita hanya mengukur pencapaian matematik tanpa memberikan nilai kepada ukuran yang diperoleh. Justeru, pengukuran hanya menentukan tahap prestasi atau ciri tertentu seseorang individu/pelajar mengikut alat yang digunakan.
Pengukuran boleh juga dibuat tanpa menggunakan pengujian. Sebagai contoh, kemahiran melukis seseorang pelajar boleh diukur melalui pemerhatian atau pencerapan, sementara pengetahuan dan sikapnya boleh diukur melalui temubual. Justeru, kita boleh menganggapkan pengukuran sebagai proses untuk mendapatkan sesuatu ukuran dengan menggunakan kaedah tertentu, manakala pengujian pula merupakan salah satu daripada kaedah tersebut. Pengukuran tidak bersifat mutlak, misalnya, pengukuran keupayaan mental seseorang sudah tentu lebih sukar diukur secara tepat berbanding ketinggian fizikalnya. Ketinggian fizikal seseorang boleh diukur secara tepat dengan menggunakan alat ukur yang tepat seperti penggunaan pembaris.
Seterusnya, seseorang pelajar yang mendapat skor 90 tidak boleh dianggap mengetahui dua kali ganda daripada pelajar yang mendapat skor 45, walaupun skor 90 itu dua kali ganda 45. Seseorang pelajar yang mendapat skor sifar pula tidak juga boleh dianggap sebagai tidak mempelajari/ mengetahui tentang sesuatu pelajaran yang diajar guru. Ini jelas menunjukkan ukuran aspek-aspek berkenaan bukanlah petunjuk yang tepat sebagaimana ukuran ketinggian fizikal pelajar menggunakan pembaris. Justeru, seseorang guru perlu menggunakan alat yang tepat bagi menghasilkan ukuran yang tepat. Jika alat yang digunakan mempunyai kecacatan, maka sudah pastilah ukuran yang diperoleh juga tidak tepat
2 Response to Konsep Pengukuran
Assalamualaikum.. Saudara, bolehkah saya tau sumber saudara mendapatkan maklumat ini? Saya perlu menyiapkan satu tugasan mengenai Pentaksiran dan Pengukuran dalam Pendidikan Matematik. Segala kerjasama daripada pihak saudara saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Assalamualaikum. saya juga mahu mengetahui sumber rujukan saudara. terima kasih. hannan.tihany@gmail.com
Post a Comment