Wednesday, June 1, 2011

Rasm Uthmani

0

Rasm ialah suatu ilmu yang membahas cara menulis lafaz-lafaz atau perkataan-perkataan al-quran sama ada huruf-hurufnya ditambah, dikurangkan atau sebagainya.



Dhbt al-quran ialah ilmu yang membahaskan tanda-tanda (simbol) yang dicipta oleh ulama’ untuk mengawasi bacaan-bacaan dan kalimah-kalimah al-quran. Ia termasuk cara menulis baris-baris bacaan dan menambah titik-titik untuk membezakan huruf-huruf.

Rasm uthmani telah diperkenalkan pada zaman Khalifah Uthman b. Affan r.a. . Rasm relah diperkenalkan akibat perbezaan kaedah bacaan al-quran kerana penduduk di setiap kota islam mempelajari al-quran dengan wajah qiraat tertentu daripada para sahabat yang berbeza. Kaedah bacaan yang seragam itu dapat menyelamatkan kaum muslimin daripada perpecahan.

Tulisan al-quran di zaman Saidina Uthman tidak mempunyai sebarang tanda (dhabt) sama ada tanda-tanda baris, tanda-tanda titik, tanda-tanda wakaf dan lain-lain tanda. Bagi memudahkan pembacaan al-quran terutama orang bukan arab (ajam), ulama’ al-quran telah mencipta bentuk-bentuk tanda (dhabt) bermula di zaman Khalifah Marwan b. al-Hakim. Usaha ini dipelopori oleh Abu Aswad al-Dauli.









Dengan memahami, mempelajari dan mengamalkan ilmu rasm uthmani dan dhabt al-quran, kita dapat membaca al-quran dengan tepat dan betul menurut hukum-hukum tajwid yang dikehendaki dan mengikut tulisan al-quran yang asal yang diturunkan kepada rasulullah s.a.w. Selain itu, kita dapat membaca tanpa kesamaran pada tanda-tanda baris serta tanda-tanda hukum bacaan dan tidak terkeluar daripada bacaan dan maksud yang sebenar dan dipermudahkan dengan wajah qiraat.

Dengan mengamalkannya, kita dapat pahala dan kedudukan yang tinggi kerana kita mengamal ilmu yang berasaskan syariat dan tidak menyimpang daripada maksud yang sebenar.



No Response to "Rasm Uthmani"

Post a Comment